Hujan lebat yang melanda wilayah selatan, timur dan tengah China sejak beberapa hari lalu, mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas.<br /><br />Di bandar Jiangmen di wilayah Guangdong, selatan China, hujan lebat sejak Khamis telah menyebabkan banjir teruk sekali gus menenggelamkan kawasan perumahan dan mengancam keselamatan penduduk di kawasan rendah.
